|
Pemilik Kedai Online Anda! |
|
|
|
|
Written by admin
|
|
Thursday, 24 May 2007 |
|
Pemilik Kedai Online Anda! : Ust Zul hilmei Bin Mohamad Rohani Kelahiran Kluang, Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Seri Rejo Sari. Mendapat pengajian menengah di SAR Madrasah Arabiah Bugisiah Tampok tahun 1990 hingga 1993 , kemudian melanjukan pelajaran ke Maahad Johor (SPM) tahun 1994 selama setahun. Oleh kerana terlalu berminat untuk mendalami pengajian agama, beliau telah berpindah ke SAR Madrasah Tarbiyah Mardziah, Panchor Kemumin, Kelantan pada tahun 1995. Pada tahun berikutnya beliau melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir di Bidang Fakulti Usuluddin, Jabatan Hadith & Ilmu Hadith . Pulang sebagai graduan pada tahun 2002. Telah berkeluarga dan telah mempunyai 3 orang cahaya mata....
Aktif di bidang Ceramah & Kuliah di sekitar Negeri Johor...Beliau adalah pemilik kepada kedaionlineanda.com ini. Ianya ditubuhkan adalah bermatlamatkan memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan kefahaman Islam yang syumul setelah mana aliran pendidikan negara memisahkan mereka secara total terhadap agama .
Kedai Online Anda! ini dihasilkan sendiri oleh beliau tanpa sebarang toturial daripada penasihat pembina laman Web. Allah dijadikan sebagai petunjuk untuk segala urusan disamping pembacaan tidak langsung dari pelbagai sumber sehingga terbinanya kedai ini....Pengajian terhadap ajaran Islam melalui Tn Guru Nik Abd Aziz Nik Mat memberikan kesan yang mendalam sehingga merasa tenang & aman di dalam menjalani kehidupan harian..... |
|
Last Updated ( Sunday, 13 February 2011 )
|